Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka

20 September 2020 | 2 Safar 1442H (Jumaat) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) sekali lagi melakar sejarah baharu apabila berjaya menganjurkan Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka Bil.1 Tahun 2020 selama 3 hari 2 malam, bermula pada 18 hingga 20 September 2020 di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tambah lagi muzakarah kali ini dilaksanakan selaras dengan seruan kerajaan dalam melazimi suasana norma baharu dan pematuhan terhadap Standard Operating Procedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebagai usaha membendung penularan Pandemik Covid-19.

Muzakarah telah dipengerusikan oleh YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka buat kali pertama sejak mengetuai pucuk pimpinan MSNM berkuatkuasa Disember 2018. Selanjutnya muzakarah kali ini juga telah dapat menghimpunkan semua barisan Hakim Syarie dan Pendaftar serta pegawai dari seluruh unit perundangan dan kehakiman MSNM dengan penglibatan seramai 34 orang termasuk barisan urusetia. Sebanyak 13 isu berkaitan perundangan dan kehakiman telah dibentangkan sepanjang muzakarah berlangsung dan sebanyak 3 kumpulan telah dibentuk beserta penetapan tajuk / isu khusus untuk perbincangan mengikut kumpulan masing-masing. Objektif kerja berkumpulan ini adalah memberi peluang kepada setiap kumpulan lebih fokus dan menguasai isu perbincangan.

Pada 19 September 2020 (Sabtu) jam 2.00 petang, semua peserta muzakarah telah berkumpul di perkarangan pintu masuk Hutan Simpan Tanjung Tuan, Melaka bagi melaksanakan aktiviti pendakian ke puncak bukit Batu Putih. Aktiviti pendakian tersebut dimulakan seawal jam 2.30 petang dengan senaman ringan pemanas badan, dan pendakian tersebut turut diiringi Penolong Pemelihara Hutan Daerah Alor Gajah, Encik Mohd Asrol Bin Che Mud dan 4 orang Pengawas Hutan dari Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Peserta juga berpeluang bergambar beramai-ramai di atas bongkahan Batu Putih sebaik sahaja tiba di puncak bukit disamping menikmati suasana pemandangan ke arah lautan terbuka Selat Melaka.

Muzakarah sekali lagi melabuhkan tirai penutup dengan ucapan penangguhan Muzakarah yang disempurnakan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka dan majlis penyampaian cenderahati kepada para peserta. Majlis disudahi dengan jamuan tengah hari dan bersurai pada jam sekitar 1.00 petang. Segala resolusi terkumpul dan keputusan yang telah dipersetujui akan dilaksanakan sebagai panduan dan tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka
Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka
Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka
Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka

 

 

FaLang translation system by Faboba